PERMATA Negara

Permata Negara merupakan projek perintis yang dicetuskan oleh penggerak utamanya iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama beberapa kumpulan profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan tentang permasalahan remaja kini yang membimbangkan.Proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal dan akan lebih berkesan sekiranya dimulakan sejak lahir.[1]Permata Negara yang diilhamkan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, mengandungi lima program utama yang terdiri daripada Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, dan Permata Kurnia.Ketika ini ada pelajar berumur 9 tahun yang mengikuti program Permata Negara sedang mengikuti kursus peringkat pra-universiti, di mana pada umur belasan tahun pelajar berkenaan mungkin akan diterima masuk di sebuah universiti terkemuka di luar negara.Manakala sekumpulan pelajar Tingkatan 4 program Permata baru-baru ini menunjukkan kebolehan cukup luar biasa apabila lulus dalam ujian Standardised Admission Test (Ujian Kemasukan Seragam) (SAT) dengan cemerlang, yang membolehkan mereka ditawar memasuki universiti di Amerika Syarikat.